Thursday 24 February 2011

Hari Jumaat Yang Indah

   Pagi jumaat yang indah lagi barokah...aku bersiap-siap awal jam 7am untuk berkumpul dalam satu majlis yang di aturkan oleh USIM...Majlis nie sangat sederhana tapi Alhamdulillah begitu meriah sekali.Majlis nie begitu meriah dengan memulakan perarakan dari kolej kediaman 1 ke pusat sukan (PAVILION)...kalu nak taw pusat sukan nie tempat semua orang berkumpul hehe...Majlis perarakan dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w...Perarakan nie di mulakan dari Pavilion sampai ke Stadium tertutup Nilai,Sampai  saja didalam stadium,beberapa program yang telah di aturkan antaranya Nasyid,Berzanji,Selawat beramai-ramai dan banyak lagi...Majlis di mulakan dengan bacaan ayat-ayat Cinta oleh Ust.Tarmizi iaitu Ust dari Fakulti Pengajian Al-Qur;an & As-Sunnah, SubhanAllah...sangat merdu bacaan ust. Tarmizi...Suasana yang riuh rendah dengan tiba-tiba menjadi sunyi sepi bila mendengar bacaan ayat-ayat Cinta.Alhamdulillah..kita sebagai orang Islam amat wajar menghormati orang menbaca ayat-ayat Cinta.Selepas bacaan ayat-ayat Cinta, tidak ketinggalan juga Naib Cancelor Usim Prof Mohammad Muda memberi beberapa amanat kepada warga Usim. Tapi sayang,aku x dapat nak bagi perhatian sangat...biasalah waktu pagi kan?? mengantuk memang mainan Syaitan yang x henti-henti melalaikan hati manusia...Astghfirullah Al-Aziiiiiim....
    Selepas dari naib cancelor memberi ucapan,dengan tiba-tiba aku tersedar dari tidur,kali nie memang suara merdu yang menusuk masuk dalam hatiku,persembahan nasyid dari students Usim...memang best sangat lagu nasyid tadi,bukan saja-saja pesembahan nasyid nie di alunkan bahkan memang ditujukan khas dalam majlis nie..Selesai saja persembahan nasyid,pengumuman keputusan perarakan terbaik...Alhamdulillah..Kolej Kediaman 1 yang mana tempat aku berteduh nie mendapat 2 penghargaan iaitu Pembarisan terbaik dan Johan keseluruhan...riak wajah ketua kolej Ust Radhi begitu gembira mendengar pengumuman yang di umumkan...berkat kerjasama dalam satu halaqah...Majlis tamat jam 12pm disebabkan hari nie kaum muslimin wajib menunaikan solat jumaat...Sambutan Majlis MauliduRasul peringakat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)...sweet memories

No comments:

Post a Comment